Friday, December 10, 2010

tengkiu very big...

Karya tahun 1998, dihasilkan di Kodiang Kedah
media : water colour

Assalamu'alaikum semua... semoga sihat dan ceria selalu...

RKA nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih atas kesudian anda semua mengunjungi dan seterusnya menjadi follower blog RKA Al-Gharizah ini. Blog ini sebenarnya blog kedua RKA - tempat di mana RKA simpan semua karya lama yang sempat RKA "selamatkan". Ada juga beberapa karya yang hilang dicuri orang dan ada jugak yang berjaya dijual...
Memandangkan blog ini jarang di-update, RKA sangatlah berbesar hati sekiranya anda semua sudi berpindah ke blog utama RKA iaitu RKA instinct (klik sini) (...yang jugak jarang di-update... heheee...)

Sekali lagi RKA ucapkan jutaan terimakasih atas kesudian anda semua berkunjung ke kedua-dua blog RKA ini... ianya sangat-sangat RKA hargai... insyaALLAH ada kelapangan RKA akan berkunjung ke blog anda pula...

insyaALLAH...

you'll find your way... hehee


Thursday, August 5, 2010

RKA instinct photo URL

Lukisan inilah yang RKA gunakan untuk photo image blog RKA instinct (klik)
Media : MS Paint.ink (teknik cut and paste)

Ini lukisan aslinya... Dihasilkan sekitar awal tahun 90-an... Bergaya sakan kat Batu Feringgi, Pulau Pinang. Baju jenama "Amway" seluar jean "Harley Davidson" beli kat pekan Masai, Johor... masa tu kira dahsyat giler la tu...
Allahu Rabbi...
Media : Pensil 2B

Tuesday, August 3, 2010

Lawak Ramadhan

Lawak, lawak jugak beb... RKA dapat idea untuk kartun ni setelah mendengar kenyataan Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dalam NTV7 sekitar akhir 90-an...
"Orang Melayu kena sedar, nasib baik mereka mewarisi Islam. Orang Cina ada Tahun Baru Cina, orang India ada Putande dan Deepavali...Orang Melayu...? Aidilfitri dan Aidiladha adalah dua perayaan yang ALLAH SWT kurniakan untuk orang Islam. Kalau milik Melayu kenapa orang Arab, orang Pakistan dll. merayakannya...?"
RKA tambah - Orang solat dia tak solat, orang puasa dia tak puasa tapi fasal raya, masyaALLAH... belum masuk Syaaban dia dah siap tempah baju Melayu Telok Belanga 3 pasang...
(orang tua-tua dulu kata "kalau tak malu dengan orang pun malu la sikit dengan berok hok naik nyior..." hehee)
Media : Artline 200 (black) 0.4 dan Stabilo Highlighter

Chot... Mirror-mirror on the Wall

Chot... Nama "manja" boss RKA masa di SDE Telok Ramunia dulu...
Alhamdulillah, sepanjang karier RKA, selalu saja ditemukan dengan boss yang baik-baik... Che Chot salah seorang daripadanya...
Hebat ALLAH...
Emel RKA kepada RAY pada 15 Jun 2006
RAY... dulu masa Chot "ditinggalkan" sahabat karibnya aku bagi dia pantun.....
"Mirror-mirror on the wall
show me who are in the stall
having dinner lonely and playing futsal...
so lonely like no friend at all.........?"
Tapi semalam dia dah ada teman baru... teman tapi mesra... gi lunch pun berdua... orangnya tinggi lampai... (shahfudin (SDE-USJ))
pastu aku bagi lagi dia pantun...
"Mirror-mirror on the wall
show me who are the 2 men in the stall
got new friend and he's tall
forget me not, and pls forget me not........ at all..."
Media : AutoCAD 2010

Kad Hari Raya di MMC-KL 2009

Kad ucapan Hari Raya 2009 di MMC-KL. Gambar dalam chopper on the way to B11 Platform (Miri-offshore)...
Media : AutoCAD 2010

NBA Basketball Latest Logo

Logo terbaru NBA Basketball yang bakal dilancarkan di New York Januari tahun depan...
Media : MS Paint.ink

Kad Hari Raya Engineering Dept SDE-TR

Kad ucapan Hari Raya 2004 Engineering Department SDE Telok Ramunia, Kota Tinggi, Johor. Hampir 2 tahun berulang-alik dari Seremban ke Telok Ramunia memahat banyak kenangan pahit-manis yang tak mungkin dapat dilupakan...InsyaALLAH...
Media : Artline 200 (blue) 0.4 dan water colour

Monday, August 2, 2010

Perjalanan Yang Terhenti...

Kulit luar "Himpunan Karya RKA" yang berjaya dikumpul dan dibukukan pada Januari 2010 (di MMC-KL) untuk simpanan sendiri (dan saudara-mara serta rakan taulan yang sudi...)
Mengandungi cerpen, sajak, pantun, puisi, gurindam, kartun dan hasil rekacipta RKA.
(Media : AutoCAD 2010)

Kesian Biar Bertempat...

Karya terbaru RKA setakat ini, dihasilkan pada 27hb Julai 2010.
Anak ibarat kain putih, ibu dan bapanyalah yang bertanggungjawab mencorakkannya...
(Media : Pensil 2B)

The Smiling Moon

Satu lagi keajaiban ALLAH yang berlaku pada malam 4hb Zulhijjah 1429... Hebat ALLAH...
"Ramainya umat manusia tua dan muda, jantan dan betina, pagi petang, siang dan malam berseronok-seronok padahal kain kapannya telah sekian lama siap ditenun..." - pepatah Arab.
(Media : Pensil 2B, Artline 200 - 0.4 dan Marker Pen)

Jasa Bonda...

Wajah ibu mertua tersayang, berlatar-belakangkan tali air dan sawah padi di Kampung Paya Bukit Hantu, Kodiang, Kedah. Text diambil dari senikata lagu "Jasa Bonda" dendangan kumpulan Warisan. Senikata yang cukup baik dan mengesankan ini diharap dapat menimbulkan rasa insaf dihati RKA dan pembaca lain... InsyaALLAH.
(Media : Pensil 2B dan Pilot Calligraphy Pen - 4.0)

Sunday, August 1, 2010

Abah ngan Aku dalam episod Kanibal

Karya tahun 2006, masa nie RKA kerja kat MMC-KL. Karya ini menceritakan betapa kejam dan zalimnya perbuatan mengumpat. Berlatar-belakangkan suasana di Telok Ramunia, Kota Tinggi, Johor tempat di mana terletaknya pusat fabrikasi pelantar minyak antara yang tersohor di dunia...
(Media : Artline 200 - pen (black) 0.4)